Berita Semasa

13-04-2016
Bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai yang menduduki kuarters..

Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai:

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

 (a) pegawai tersebut mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa dalam keadaan pegawai itu dibenarkan untuk menduduki kuarters;

          atau

 (b) bagi pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa, pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 25%  

   daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 25% daripada ITP tersebut yang

   diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai itu menerima separuh gaji sepanjang tempoh

  kursus tersebut, pegawai hanya akan dibayar separuh daripada kadar 25% daripada ITP tersebut.