Pengenalan

Sub Unit Kuarters telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015 di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Pentadbiran). Sub Unit Kuarters bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor (RKKNS) termasuk permohonan masuk dan keluar kuarters, pengurusan aduan serta penyelenggaraan kuarters. Sebanyak 604 buah rumah kuarters (banglo, bangunan strata dan teres) yang secara keseluruhannya di bawah seliaan pengurusan Sub Unit Kuarters. Semua rumah kuarters tersebut terletak di sekitar Shah Alam dan Klang termasuk rumah pegawai tinggi Kerajaan (Kompleks Perumahan Pegawai Kanan SUK Selangor). 

Sub Unit Kuarters juga berperanan untuk memproses permohonan masuk dan keluar bagi kuarters di bawah pengurusan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kemudahan kediaman bagi pegawai dan kakitangan SYABAS. Lokasi kuarters di bawah pengurusan pihak SYABAS adalah di Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu sebanyak 211 buah rumah kuarters.

 

Sub Unit Kuarters terdiri daripada 9 orang pegawai dan kakitangan seperti berikut:-

 

Penolong Setiausaha (M41/44)                  - 1 orang

Jurutera (J41)                           - 1 orang

Penolong Jurutera (Awam) (JA29)                  - 1 orang

Penolong Jurutera (Elektrikal/Mekanikal) (JA29)            - 1 orang

Penolong Pegawai Tadbir (N29)                   - 1 orang

Pembantu Kemahiran (H19)                                                                     - 2 orang

Pembantu Tadbir (N19)                                                                             - 2 orang