Soalan Lazim

BIL. SOALAN JAWAPAN
1. Berapa buah rumahkah yang disediakan untuk penghuni bujang? Sebanyak 8 buah rumah bujang disediakan bagi Bujang Lelaki dan 8 buah untuk Bujang Wanita
2. Adakah Taska disediakan? Tiada
3. Berapakah jarak (km) dari sesebuah kuarters ke Pejabat SUK Selangor? Berbeza mengikut lokasi kuarters seperti berikut:
- Rumah Kuarters Seksyen 4, Shah Alam (0.4 kilometer)
- Rumah Kuarters Seksyen 6, Shah Alam (0.6 kilometer)
- Rumah Kuarters Seksyen 8, Shah Alam (0.5 kilometer)
- Rumah Kuarters Seksyen 16, Shah Alam (4.9 kilometer)
- Rumah Kuarters Seksyen 24, Shah Alam (6.3 kilometer)
- Rumah Kuarters Pangsapuri Saujana Damai, Klang (13.5 kilometer)
4. Berapakah unit Rumah Kuarters mengikut lokasi? Unit Rumah Kuarters Kerajaan mengikut lokasi seperti berikut:
- Rumah Kuarters Seksyen 4, Shah Alam (19 unit)
- Rumah Kuarters Seksyen 6, Shah Alam ( unit)
- Rumah Kuarters Seksyen 8, Shah Alam (15 unit)
- Rumah Kuarters Seksyen 16, Shah Alam (375 unit)
- Rumah Kuarters Seksyen 24, Shah Alam (40 unit)
- Rumah Kuarters Pangsapuri Saujana Damai, Klang (90 unit)
5. Adakah terdapat kategori-kategori rumah untuk pegawai / kakitangan? Ada. Kelas C (Gred 48 ke atas), Kelas D (Gred 41- 44), Kelas E (Gred 22 - 36), Kelas G (Gred 1 - 17)
6. Adakah kemudahan lif disediakan di Rumah Kuarters Kerajaan? Kemudahan lif hanya disediakan di Rumah Kuarters Seksyen 16, Shah Alam.
7. Siapakah yang layak untuk memohon rumah kerajaan? Rumah Kuarters Kerajaan hanya layak dipohon oleh pegawai / kakitangan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam dan Klang sahaja.
8. Berapakah jumlah bilik di setiap Rumah Kuarters Kerajaan? Jumlah bilik di setiap Unit Rumah Kuarters Kerajaan mengikut lokasi seperti berikut:
- Rumah Kuarters Seksyen 4, Shah Alam (6 bilik)
- Rumah Kuarters Seksyen 6, Shah Alam (6 bilik)
- Rumah Kuarters Seksyen 8, Shah Alam (4 bilik)
- Rumah Kuarters Seksyen 16, Shah Alam (3 bilik-Blok A & C, 5 bilik-Blok B)
- Rumah Kuarters Seksyen 24, Shah Alam (2 bilik)
- Rumah Kuarters Pangsapuri Saujana Damai, Klang (3 bilik)
9. Adakah kemudahan-kemudahan lain disediakan? Kemudahan mengikut lokasi seperti berikut:
- Rumah Kuarters Seksyen 4, Shah Alam (TASKA sahaja)
- Rumah Kuarters Seksyen 6, Shah Alam (TASKA sahaja)
- Rumah Kuarters Seksyen 8, Shah Alam (tiada)
- Rumah Kuarters Seksyen 16, Shah Alam (surau, kedai runcit, dewan serbaguna)
- Rumah Kuarters Seksyen 24, Shah Alam (tiada)
- Rumah Kuarters Pangsapuri Saujana Damai, Klang (tiada)
10. Adakah dibenarkan untuk membuat sebarang tambahan di kuarters kerajaan? Tidak sama sekali.
11. Apakah panduan peraturan berkaitan Rumah Kuarters Kerajaan yang boleh dirujuk? Terdapat beberapa dokumen yang boleh dirujuk berkaitan dengan Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor:
- Perintah Am Bab 'E': Bangunan dan Premis Kerajaan
- Pekeliling yang sedang berkuatkuasa
- Surat Pekeliling yang sedang berkuatkuasa
- Arahan Pentadbiran dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.