PENGUMUMAN

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KUARTERS PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BIL. 3/2016 BERTARIKH 11 MEI 2016.
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kuarters Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 3/2016 bertarikh 11 Mei 2016 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kuarters Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 1/2017 bertarikh 23 Januari 2017 telah memutuskan kemudahan RKKNS yang telah ditawarkan kepada pegawai / kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Persekutuan di Negeri Selangor adalah terhad bagi tempoh tujuh (7) tahun sahaja. Surat arahan akan dikeluarkan kepada penghuni yang berkaitan dan diberi tempoh selama setahun untuk mengosongkan rumah kuarters yang didiami sekarang.