PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

                                                TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN 

                                   RUMAH KUARTERS KERAJAAN NEGERI SELANGOR 

 
1. Pemohon Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pentadbiran Negeri. Jika peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya, Pentadbiran Negeri berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap pemohon dan permohonan untuk menyewa pada masa hadapan tidak akan dilayan. 
2. Untuk makluman, jumlah permohonan untuk menduduki rumah kuarters termasuk senarai menunggu adalah melebihi daripada jumlah rumah kuarters yang sedia ada. Sehubungan itu, Pentadbiran Negeri ini telah memutuskan bahawa kriteria pemilihan untuk menduduki Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut: 
            2.1 Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor;
            2.2 Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bertaraf Jawatan Tetap;
            2.3 Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bertaraf Jawatan Kontrak;
            2.4 Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Yang Berkhidmat Di Shah Alam Dan Klang Bertaraf Jawatan Tetap;
            2.5 Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Yang Berkhidmat Di Shah Alam Dan Klang Bertaraf Jawatan Kontrak;
            2.6 Potongan gaji  Pegawai / Kakitangan adalah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun-elaun.
3. Pemohon Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor mesti mematuhi Perintah Am Bab E, Pekeliling dan Surat Pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh menduduki Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor. Pemohon perlu berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan berikut bahawa pemohon serta keluarga dan yang di bawah jagaan perlu mematuhi arahan-arahan seperti di bawah: 
3.1 akan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan;
3.2 tidak akan meminda rumah;
3.3 tidak menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan;
3.4 tidak menternak binatang;
3.5 akan sentiasa membersihkan kawasan rumah;
3.6 tidak membawa naik motorsikal menggunakan lif;
3.7 melaporkan kerosakan rumah;
3.8 akan meletakkan kenderaan di petak yang dikhaskan;
3.9 membayar kerosakan yang disebabkan bukan oleh penggunaan yang berpatutan;
3.10 akan melapor tarikh memasuki rumah;
3.11 akan melapor tarikh mengosongkan rumah dan mengemukakan resit asal bayaran deposit;
3.12 akan menyerah kunci-kunci rumah dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

3.13 akan membayar sewa rumah kuarters dengan potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup (COLA) mengikut kadar yang sepatutnya;
3.14 akan memastikan anak dan yang di bawah jagaan saya tidak melakukan sebarang jenayah seperti kecurian dan merosakkan harta benda, dan jika berlaku pihak Pentadbiran Negeri berhak mengarahkan penghuni untuk mengosongkan rumah kuarters;
3.15 akan membayar deposit rumah kuarters sebanyak tiga (3) kali ganda daripada jumlah (ITP) sebelum menduduki rumah kuarters;
3.16 akan mengosongkan rumah kuarters dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) bulan daripada tempoh persaraan, pertukaran jabatan atau meninggal dunia dan jika ingkar, akan membayar sewa dua (2) kali ganda;
3.17 akan membayar sewa dua (2) kali ganda jika gagal mengosongkan rumah kuarters setelah mendapat surat arahan keluar rumah;
3.18 akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat pembayaran bil bulanan, bil tertunggak dan juga apa-apa bil yang         dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Indah Water Konsortium (IWK);
3.19 akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan menjaga harta Kerajaan sebaik-baiknya;
3.20 tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

SUB UNIT KUARTERS
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN