Pengenalan
Mengenai eKuarters
Sub Unit Kuarters telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015 di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Pentadbiran). Sub Unit Kuarters bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan Rumah Kuarters Kerajaan Negeri Selangor (RKKNS) termasuk permohonan masuk dan keluar kuarters, pengurusan aduan serta penyelenggaraan kuarters. Sebanyak 604 buah rumah kuarters (banglo, bangunan strata dan teres) yang secara keseluruhannya di bawah seliaan pengurusan Sub Unit Kuarters. Semua rumah kuarters tersebut terletak di sekitar Shah Alam dan Klang termasuk rumah pegawai tinggi Kerajaan (Kompleks Perumahan Pegawai Kanan SUK Selangor).