PENGUMUMAN

PEMAKLUMAN MENGENAI PENGECUALIAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN SELENGGARAAN OLEH PENGURUSAN KUARTERS BAGI ADUAN KEROSAKAN KECIL DI RUMAH KUARTERS
Ruj. Kami :IPK.Sel.Pent.Kuart.200-8/1/328 (18) bertarikh 26 Februari 2018
BERMULA 1 MAC 2018 SEMUA KEROSAKAN KECIL ADALAH DIKECUALIKAN DARIPADA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN SELENGGARAAN OLEH PIHAK PENTADBIRAN PENGURUSAN KUARTERS SELARAS DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN RUMAH KUARTERS BIL.1/2018.

PERKARA INI DILAKSANAKAN ADALAH BERTUJUAN
- UNTUK MENGURANGKAN KOS PERBELANJAAN YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PIHAK PENTADBIRAN DAN SETERUSNYA MENYOKONG DASAR PENJIMATAN KERAJAAN KE ATAS PERBELANJAAN BERHEMAH: DAN
- AGAR PENGHUNI LEBIH CERMAT MENJAGA KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN DISAMPING MEMPUNYAI RASA TANGGUNGJAWAB DALAM MENJAGA ASET/KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

PERHATIAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN DALAM PERKARA INI AMATLAH DIHARGAI
SEKIAN, TERIMA KASIH.