PENGUMUMAN

PEMAKLUMAN MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN KAWASAN SEKITAR KUARTERS KERAJAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KEPADA SEMUA PENGHUNI KUARTERS PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Dimaklumkan bahawa, ekoran aduan daripada Majlis Perbandaran Shah Alam mengenai wabak denggi yang dilaporkan tinggi dipremis kuarters, semua penghuni dikehendaki menanam sikap mengambil peduli dan bertanggungjawab bagi memastikan kawasan kuarters tersebut berada dalam keadaan yang bersih, kemas dan selesa untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk aedes. Sekiranya kegagalan penghuni untuk berbuat demikian, maka arahan mengosongkan kuarters akan dikeluarkan serta-merta bagi penghuni yang mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran kuarters yang didiami. Bayaran kompaun juga akan dikenakan kepada penghuni jika kuarters tersebut mempunyai laporan wabak denggi yang tinggi. Justeru itu, setiap penghuni perlu menitikberat mengenai perkara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.