PENGUMUMAN

Portal Baharu E-Kuarters Pejabat SUK Selangor
Bermula 1 April 2016 juga semua permohonan hanya diproses melalui atas talian (online) E-Kuarters sahaja. Aduan dan e-temujanji juga boleh dibuat melalui Portal E-Kuarters..

Portal E-Kuarters yang telah dilancarkan pada 1 April 2016 yang diselia oleh Sub Unit Kuarters, Bahagian Khidmat Pengurusan. Portal E-Kuarters baru ini telah dinaiktaraf dengan beberapa menu baru termasuk e-temujanji (Untuk membuat temujanji dengan Pegawai Kuarters sebelum menghantar Sijil Akuan Keluar) untuk memudahkan pemeriksaan di Rumah Kuarters dibuat. Aduan juga boleh diisi di Portal E-Kuarters tersebut dengan pemantauan setiap hari oleh Pengurusan Sub Unit Kuarters.

Bermula 1 April 2016 juga semua permohonan hanya diproses melalui atas talian (online) sahaja. Sila layari www.ekuarters.selangor.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut.